• 29 February 2016 •

First Four

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dimana blog ni bermula dengan entah apa-apa. Sehingga kini masih lagi diisi dengan entah apa-apa. Dan jangkaan untuk 4 tahun lagi, tetap kekal dengan pengisian yang entah apa-apa.

Bila diingat-ingat balik waktu aku mula wujudkan blog ni, aku pernah terfikir pada 4 tahun lepas, yang blog ni lama-kelamaan akan semakin sunyi.

Ternyata, ia semakin sunyi..heheh.

Jangkaan aku tu atas satu sebab. Bahawa semakin lama, aku semakin tak ada rasa nak tulis apa-apa. Yer la, awal-awal menulis dulu, aku banyak luahkan perasaan kat blog ni. Aku banyak isi masa aku (dan buang masa aku) untuk mengadap blog ni, serta blog kawan-kawan yang pernah singgah kat blog ni.

Dulu. Suatu masa di mana hidup aku ada banyak lebihan masa. Bosan. Tepu. Dan sedikit hiba.

Sekarang? Hmmm..sekarang aku masih ada banyak lebihan masa. Lebih kurang sama dengan lebihan masa yang pernah ada. Cuma bezanya, aku kurang bosan, tak berapa tepu, and definitely tak ada rasa hiba. Tak ada la kot. Kalau ada pun, aku tak rasa ada.

Hidup aku sepanjang 2 tahun kebelakangan ni, lebih seronok and gumbira. Sebab ada S agaknya. Errr..bukan agaknya, tapi memang sebahagian besar adalah kerana kewujudan S.

Fisrt date kononnya..heheh

Kewujudan beliau membuatkan aku kembali ada someone untuk aku spent time and kill time together. Bukan lagi mengadap blog and karang-karang cerita. Lagipun, takkan aku nak karang cerita pasal aku dengan S kot. Rasa macam entah apa-apa jer nak cerita relationship banyak-banyak kat dalam blog.

Btw, some things better left unsaid.

So, itu la ceritanya. Kisah kenapa selepas 4 tahun, blog ni sekarang semakin suram isinya. Kisah kenapa selepas 4 tahun, blog ni sekarang semakin pudar seninya. Dan kisah kenapa selepas 4 tahun, blog ni sekarang semakin hilang serinya. Semuanya sebab S. Dia dah amik seri blog ni.

Haaa..marah la dia. Grrrrr!!!!

Sekian, terima kasih. Selamat ulangtahun kewujudan Capital H yang pertama. Hoyeah!!

p/s: Entry ni ditulis sekadar ada -- itu pun adalah kerana tarikh 29 Februari semata-mata.


• 27 October 2015 •

Octopus

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lama betul saya tak menulis di sini. Nasib ingat lagi email and password blog encik ni. Kekok jugak rasanya menulis dengan bahasakan ‘saya’ ni. Rasa macam decent semacam. The me that I couldn’t be tagline blog ni.. Saya memang tak boleh jadi diri saya yang sebenar bila masuk sini. Bak kata Nicholas Sparks, I've learned that we're all entitled to have our secrets.” 

Okey. Sebelum saya tersasar lebih jauh, ada baiknya saya masuk ke point utama ye dak. Relationship goals. Apa yang anda bayangkan bila baca perkataan ni? Makwe hipster dapat Pandora dalam kotak KFC? Pakwe acah romantic hadiahkan iPhone 6, bungkus dalam nasi kak wok, bagi ke makwe? Common sangat. 

Saya kurang mengikuti perkembangan relationship goals budak2 sekarang. Semalam, time tengah dinner dengan housemate, M bercerita,

“Weh kau ade baca tak yang terbaru ada makwe tu dapat iPhone 6 daripada pakwe dia?” dengan mata besar, suara macam speaker mall, dia tanya saya.

“Takde. Aku tak masuk sangat dengan benda-benda macam tu. Apesal? Kali ni dia bungkus dalam plastik sampah ke pulak?” Saya cuba berlagak tenang, padahal dalam hati teringin nak tahu.

Disclaimer: waktu taip dialog di atas, tiba-tiba otak saya mengalami kekeliruan bahasa dan susunan ayat. Duk ulang sebut, ke pulak or pulak ke yang betul? Terus saya keluar bilik, tanya A dan L, susunan yang betul. Akhirnya kami ber-ke pulak beramai-ramai. Ke pulak. Ke pulak. Ke pulak. Ke pulak.

“Tak lah. Dia letak dalam kek. Tak balut, tak bungkus tak apa. Naked phone dived in the cake. O la la la.” M angkat kening double jerk.

Manusia sekarang dah takde tamadun ke apa? iPhone tu sikit la punya mahal, engko pergi letak dalam kek? Kejar relationship goals macam orang hilang pedoman. Nak buat surprise ada banyak cara. Tak payah ikut sangat style amareka sana. Try hard sangat pun susah jugak. Emosi.

Syukur encik H tak terjebak dalam kancah relationship goals. Kalau tidak, memang saya halau dia balik Johor sana. But he’s got his own style in surprising me. Seriously. Cerita dia, these past few weeks, I am looking for plane tickets for this upcoming Deepavali holiday. There is this one place that seems pretty perfect to spend my cuti sekejap daripada takde langsung. For those that frequently travel by plane, you know that feel when you kinda checkin every single freakin day for cheapest ticket you can grab, right?

Saya dok ulang hadap semua website yang available, untuk tiket murah or berpatutan harganya. Biasanya, memang saya akan tanya encik H, masa mana yang sesuai nak booking, bla bla bla. Tapi kali ni dia macam tak participate sangat. Macam sorok something je. Saya curiga. Saya paksa dia habaq mai dulu paseipa duk teka teki sangat ni. Tiba-tiba,


                                                     



Saya log in email.


































































Ticket for return. Pergi balik. Terkejut? Ye. Geram? Ye jugak. Hahaha nasib baik tak booking lagi tiket. Tak kejar relationship goals pun boleh je dapat surprise, okay?


-S-



P/S: Maaf untuk bahasa rojak. 





Back To Top